AMALI HAFAZAN
SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM : PEMBENTUKAN TINGKAHLAKU PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI
KEDAH
Nor Asiah bt.
Ibrahim Shah
Mohd Othman bin
Yussoff
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan dan
perbezaan amali hafazan bagi subjek Pendidikan Islam dan kesannya ke atas pembentukan
tingkahlaku para pelajar (program Matrikulasi KPM) khususnya di Kolej
Matrikulasi Kedah. Seramai 50 responden pelajar menjadi subjek kajian. Kebanyakannya atau 64.0 % merupakan pelajar
Program Satu Tahun (PST) Modul 1, selebihnya merupakan pelajar PST Modul 2 dan
Program Dua Tahun (PDT). Set soal selidik mengandungi 23 item berskala lima
Likert telah digunakan untuk mengukur maklumbalas responden. Sebanyak tiga
hipotesis utama telah dibentuk bagi kajian ini. Kaedah-kaedah statistik secara
deskriptif dan inferensi seperti analisis Korelasi Pearson, Ujian-t dan
Analisis Varian Sehala (ANOVA) telah
digunakan bagi mengkaji
hipotesis-hipotesis ini melalui perisian
Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 20 (SPSS V20). Hasil kajian ini mendapati pengajaran dan pembelajaran
(PdP) hafazan iaitu bacaan dalam solat, doa-doa pilihan dan surah-surah lazim
mempengaruhi perubahan tingkahlaku para pelajar dengan pengaruh yang dominan dan positif (p < 0.05, nilai “r”
melebihi 0.6) sama ada dari segi mereka semakin memahami kalimah, surah dan
doa, tenang dan khusyuk, bermotivasi serta mempunyai tingkahlaku yang semakin
baik. Sebaliknya kajian ini juga menunjukkan faktor demografi (jantina dan
modul pengajian), tidak mempunyai
perbezaan yang signifikan (p > 0.05)
dengan tingkahlaku pelajar yang
merupakan suatu dapatan yang sudah dijangkakan sepertimana yang dilakukan oleh
para penyelidikan terdahulu. Berdasarkan dapatan ini, cadangan-cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi mutu
mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai subjek wajib di kolej matrikulasi BMKPM.
1.0
PENDAHULUAN
Subjek Pendidikan Islam merupakan
satu daripada subjek wajib yang terdapat dalam struktur akademik Program
Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Subjek ini diwujudkan dengan tujuan untuk memberi
kefahaman yang jelas kepada pelajar mengenai Islam sebagai agama yang benar dan
diredhai Allah SWT serta agama yang seimbang dari segi keperluan dunia dan
akhirat.
Matlamat Subjek Pendidikan Islam
adalah untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal serta menghayati
prinsip-pinsip ajaran Islam pada setiap masa dan memiliki peribadi mulia
bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan disamping mempunyai
persediaan untuk menyelesaikan masalah semasa.
Objektif Pelajaran Pendidikan Islam ini adalah untuk
membolehkan pelajar :
1.
|
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman yang merangkumi
kefahaman mengenai Iman, Islam dan Ihsan, Pengukuhan Ibadah Solat, Etika
Islam dan Pengukuhan Penguasaan Al Quran.
|
2.
|
Menghayati prinsip-prinsip ajaran Islam pada setiap masa
serta mempunyai pandangan yang jelas mengenai kehidupan dunia dan akhirat.
|
3.
|
Menampilkan imej pelajar Islam yang bersifat dinamik,
berfikiran luas, kritis dan kreatif, bersifat sederhana serta bersemangat
untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup di dunia dan akhirat.
|
(Bahagian Matrikulasi KPM, 2013.Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam,
Program Matrikulasi 2012/2013).
Amali Hafazan merupakan satu daripada komponen Penilaian
Berterusan Subjek Pendidikan Islam yang menyumbang 20 peratus daripada
keseluruhan markah. Ianya terdiri daripada :
(i)
ayat hafazan ( surah-surah lazim),
(ii)
wirid selepas solat ( doa-doa pilihan)
dan
(iii)
bacaaan dalam solat berserta
terjemahannya ( Doa Iftitah, Al Fatihah, doa duduk anatara dua sujud, bacaan
tahiyat akhir dan doa iftitah )
Pelajar dikehendaki menghafaz
elemen-elemen tersebut dan mereka akan dinilai dari aspek kelancaran hafazan,
fasohah dan tajwid
Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti hubungan dan perbezaan amali hafazan bagi subjek
Pendidikan Islam dan kesannya ke atas pembentukan tingkahlaku para pelajar (program
Matrikulasi KPM) khususnya di Kolej Matrikulasi Kedah. Hasil analisis amali hafazan ini, pengkaji akan
membuat ukuran sejauhmana pembacaan dalam solat, menghafal doa dan menghafal
surah-surah tertentu dapat memberi kesan yang positif ke atas pembentukan
tingkahlaku para pelajar, yang mana laporan ini boleh dibentangkan sebagai
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam dalam program
Matrikulasi pada masa hadapan.
1.1 Penyataan Masalah
Dewasa
ini, sistem pendidikan di Malaysia sedang mengalami proses perubahan yang besar, iaitu perubahan dalam
struktur organisasi pengurusan pendidikan, peranan dan fungsinya di setiap
bahagian dan peringkat, baik di
Kementerian Pendidikan Malaysia, universiti-universiti awam dan Bahagian
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). Perubahan-perubahan ini merupakan
salah satu strategi menghadapi masa depan yang semakin rumit dan rencam.
Implikasinya,
perubahan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang meletakkan pengajian
Matrikulasi di bawah kelolaan Bahagian Matrikulasi, KPM mulai tahun 1999/2000 (yang
sebelum ini di bawah kelolaaan universiti-universiti awam (UA/IPTA)) telah
membuka sejarah baru melalui penubuhan kolej-kolej matrikulasi di seluruh
Malaysia dengan penawaran Program Sains Hayat, Program Sains Fizikal dan
Program Perakaunan selama 1 1/2 tahun (3 Semester). Sebagai institusi yang menjana pendidikan kaum
Bumiputera, Program Matrikulasi BMKPM terus mengalami lonjakan perubahan yang
drastik dengan perubahan tempoh pengajian kepada 1 tahun (2 Semester) di
samping melaksanakan Program Dua Tahun (PDT) mulai tahun 2003 serta penyertaan
kaum bukan bumiputera sebanyak 10
peratus melalui dasar meritokrasi. Pelancaran
Program Maktrikulasi Teknikal pada tahun 2008 iaitu melalui pengambilalihan
beberapa buah sekolah vokasional/teknik serta terlaksananya penggubalan
kurikulum dan sukatan baru melalui
perubahan subjek teras, subjek wajib, perubahan modul Program Satu Tahun (PST)
dan Program Dua Tahun (PDT) mulai Sesi 2011/2012 memberikan implikasi yang hebat ke atas
pelaksanaan subjek Pendidikan Islam di
kolej matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Antara
perubahan-perubahan ini telah menimbulkan beberapa permasalahan yang ketara:
(i)
Perubahan
masa subjek Pendidikan Islam dari dua jam ke satu jam pertembungan seminggu
dalam satu semester sahaja daripada dua
semester yang ditempuhi oleh pelajar
Program Satu Tahun (PST).
(ii)
Manakala
pelajar Program Dua Tahun (PDT) hanya mempelajari subjek Pendidikan Islam satu
jam pertembungan seminggu satu semester
daripada empat semester pembelajaran, berbanding sebelumnya dua jam seminggu
untuk tiga semester.
(iii)
Di
samping itu terdapat pandangan di kalangan pihak pengurusan atasan dan waris
yang cuba menafikan kepentingan subjek Pendidikan Islam yang perlu dikaji
semula di peringkat matrikulasi.
Selain itu,
pengkaji juga mendapati pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap bacaan solat, bacaan Al
Quran dan amalan berdoa berada pada tahap yang
rendah. Walaupun pelajar telah
didedahkan dengan pendidikan Islam sejak kecil lagi namun kesedaran dan penguasaan
terhadap amalan Islam seperti solat, membaca quran dan berdoa adalah amat
menyedihkan dan membimbangkan.
Lanjutan itu,
melalui kajian ini, pengkaji cuba mengetengahkan kepentingan kewujudan
Pendidikan Islam sebagai pendidikan sepanjang hayat yang perlu dipertahankan
dalam program pendidikan matrikulasi dan bukannya sebagai polemik murahan atau
tempelan.
1.2 Persoalan
Kajian
Persoalan kajian
ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
1.2.1
Adakah
terdapat hubungan yang signifikan antara amali hafazan dengan perubahan
tingkahlaku pelajar Kolej Matrikulasi Kedah?
1.2.2
Adakah
terdapat perbezaan yang signifikan antara perubahan tingkahlaku dengan modul pengajian?
1.2.3
Adakah
terdapat perbezaan yang signifikan
antara perubahan tingkahlaku dengan jantina pelajar?
1.3 Objektif
Kajian
Objektif am
kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada budaya hafazan dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan oleh para pensyarah
Pendidikan Islam telah memberi impak yang signifikan ke atas pembentukan
tingkahlaku para pelajar (Program Matrikulasi BMKPM) khususnya di Kolej
Matrikulasi Kedah. Hasil analisis PdP
hafazan ini penyelidik akan membuat ukuran sejauhmana hafazan pembacaan dalam
solat, menghafaz doa dan menghafaz surah-surah tertentu dapat memberi kesan
yang positif ke atas pembentukan tingkahlaku para pelajar, yang mana laporan
ini boleh dibentangkan sebagai penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam dalam program Matrikulasi pada masa hadapan.
Objektif khusus kajian
ini ialah:
1.3.1
Mengenalpasti
sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara amali hafazan dengan
perubahan tingkahlaku pelajar Kolej Matrikulasi Kedah.
1.3.2
Mengenalpasti
sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara perubahan tingkahlaku dengan modul pengajian.
1.3.3
Mengenalpasti
sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan antara perubahan tingkahlaku dengan jantina pelajar .
1.4 Hipotesis
Kajian
Terdapat
tiga hipotesis utama telah dibentuk berdasarkan ulasan karya dan kerangka
konseptual kajian. Pengujian hipotesis-hipotesis ini akan menjawab persoalan
kajian yang yang dinyatakan. Hipotesis-hipotesis inii dinyatakan seperti
berikut :
Ho
1 Tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara amali hafazan dengan perubahan tingkahlaku pelajar Kolej Matrikulasi Kedah.
Ho
2 Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara perubahan tingkahlaku
dengan modul pengajian.
Ho 3 Tidak
terdapat perbezaan yang signifikan
antara perubahan tingkahlaku dengan jantina pelajar.
1.5 Kepentingan Kajian
1.
Hasil
kajian ini diharap dapat membantu memahami sebahagian dari persoalan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) subjek Pendidikan Islam di kolej-kolej matrikulasi khususnya dalam aspek hafazan,
seterusnya memberi pandangan untuk meningkatkan profesionalisme para pensyarah
terhadap organisasi dan kerjaya mereka.
2.
Hasil
kajian ini diharap dapat dijadikan maklumbalas terutamanya pengurusan atasan
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam perkara-perkara
yang boleh meningkat dan menambahbaik martabat subjek Pendidikan Islam yang
dirasakan semakin terpinggir dan dipinggirkan.
3.
Diharap
hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai garis panduan bagi pentadbir kolej dan
Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyemak, melaksana
dan mengelola serta menjalankan penilaian untuk mencapai matlamat, objektif dan
harapan pendidikan negara,
4.
Diharap
data-data dan keputusan daripada kajian ini dapat digunakan sebagai panduan
untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya ke arah mengangkat kembali
imej dan profesion pensyarah Pendidikan Islam di kolej-kolej matrikulasi di
tempat yang sepatutnya.
1.6 Skop Dan
Batasan Kajian
Pada asasnya,
skop dan batasan kajian ini adalah seperti yang dihuraikan di bawah iaitu:
1.
Kajian
ini merupakan kajian yang melibatkan 50 orang responden sahaja, iaitu para
pelajar yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pengkaji semasa
tutoran dilaksanakan. Ini bermakna pelajar-pelajar yang tidak terlibat dengan
tutoran kami tidak termasuk dalam kajian ini.
Dapatan ini selaras dengan peruntukan dan kekangan masa yang amat
singkat. Dengan itu, dapatan dari kajian ini hanyalah terpakai kepada tempat
dan kumpulan yang dikaji sahaja.
2.
Kajian
ini hanya memberi tumpuan mengenai amali hafazan subjek Pendidikan Islam dan
hubungan serta perbezaannya dengan empat pembolehubah iaitu amalan solat, surah
hafazan, bacaan doa dan faktor demografi (jantina dan modul pengajian). Ini bermakna terdapat banyak lagi pembolehubah-pembolehubah
lain yang tidak termasuk dalam kajian seperti peribadi pensyarah, emosi,
ganjaran, motivasi, komitmen, dan sebagainya yang besar kemungkinan mempunyai
kaitan yang kuat dengan tajuk yang dikaji.
2.0 TINJAUAN LITERATUR
Proses penghafazan merupakan suatu
usaha untuk menyimpan maklumat dan pengetahuan yang dipelajari (Abd Fatah, 1994).
Maka itu kerja-kerja ini tidak sekadar bergantung kepada kesihatan tubuh badan
yang baik sahaja bahkan memerlukan kekuatan minda dan kesungguhan yang tinggi.
Proses menghafaz ini dapat membantu mengekalkan ingatan dan kecerdasan minda selain
dapat membantu mengingatkan pelajaran yang lain.
Menurut Abd Fatah (1994), hafazan boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu menghafaz secara cepat, hafazan jangka waktu singkat dan hafazan jangka waktu panjang. Hafazan secara cepat tidak kekal lama ia boleh jadi tidak lancar dan mudah lupa, sekadar bertahan beberapa saat sahaja. Hafazan jangka waktu pendek boleh kekal dalam beberapa minit atau jam. Sementara hafazan jangka waktu panjang mampu menyimpan maklumat yang diperolehi di masa lampau.
Fauzi Sulehan (2010), mendapati terdapat 3 kaedah hafazan utama
yang paling berkesan dalam menghafaz iaitu menperdengarkan hafazan baru (tasmi’),
menghafaz seperti biasa dan kaedah tulisan ayat. Menurut Farhanah Rapihi (2012),
beliau mendapati tahap pengguasaan hafazan bacaan Al Quran di sekolah agak
kurang memuaskan bagi surah-surah lazim, begitu juga hafazan ayat-ayat surah
hafazan yang ditetapkan..
Menurut Muhammad Fathi (2013),
pengajaran Al Quran kepada generasi pertama menekankan aspek hafazan. Dengan
itu hafazan merupakan asas untuk mempelajari Al Quran. Apabila dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) hafazan
ditekankan, maka pelajar perlu dilatih untuk mengulangi bacaan dan cuba
melekatkannya dalam ingatan sehingga mereka dapat membaca Al Quran tanpa melihat teks.
Wan Bakar Wan Dagang (1990), dalam
pengajaran dan pendidikan Al Quran KBSR menyatakan antara pendekatan pengajaran
di sekolah rendah adalah pendekatan menghafaz. Ini termasuklah menghafaz
kalimah-kalimah, ayat-ayat atau surah-surah yang merupakan salah satu
pendekatan mengenal dan melancarkan pembacaan
murid-murid. Pendekatan menghafaz boleh diperkenalkan sebelum
murid-murid dapat membaca. Walaupun begitu pendekatan ini sesuai diperkenalkan
setelah murid-murid boleh membaca kalimah dan ayat-ayat dari surah-surah tertentu.
Dalam konteks
Islam masalah kelemahan membaca Al Quran, amalan berdoa dan menghafaz
surah-surah berkaitan adalah merupakan sikap individu itu sendiri yang malas dan
kesannya akan membawa ketidakmampuan membaca, tidak lancar dan buta huruf (Mohd
Faisal et. Al., 2008). Kajian ini juga
berkaitan dengan pandangan Zaharah (2007) yang mendapati terdapat hubungan yang
signifikan antara pengetahuan membaca Al Quran dengan kekerapan membacanya.
Justeru sikap tidak mengendahkan Al
Quran dalam konteks belia (pelajar) akan mengugat tingkahlaku iaitu kepercayaan
dan keimanan kepada Allah. Malah menurut Dzuhaimi Dahalan dan rakan-rakan
(2014). tindakan atau keputusan tersebut
boleh mengakibatkan para belia (termasuk pelajar) terjerumus dalam tingkahlaku
yang tidak sihat di dalam kehidupan mereka.
Pendedahan kes-kes jenayah dan gejala tingkahlaku yang kurang sihat
seperti dilaporkan oleh media-media tempatan sebelum ini adalah antara bukti
nyata, akibat dari mengambil tindakan dan keputusan tanpa berdasarkan keimanan.
Pendekatan
menghafal Al Quran, doa-doa, bacaan dalam solat merupakan suatu pendekatan
amalan keagamaaan yang berguna dalam pembentukan tingkahlaku pelajar. Haris
(2004) menyatakan amalan keagamaan merupakan faktor kawalan utama dalam
mengatasi keinginan untuk melakukan sesuatu yang melanggar nilai, norma serta
undang-undang. Kajian Haris (2004) berhubung masalah sosial yang berlaku di
Semenanjung Malaysia mendapati sebanyak 22.8 peratus masyarakat di bandar
mencadangkan pendekatan keagamaan digunakan dalam menangani masalah sosial yang
berlaku.
Pendekatan yang
pengkaji cadangkan jika dilihat dari aspek agama serta pandangan penyelidikan
barat (sekular) adalah amat bersesuaian kerana bagi mereka belia yang berpegang
teguh dengan agama mempunyai tahap keterlibatan yang rendah dengan aktiviti
tidak sihat (Gorsuch, 1995; Johnson et.al., 2002). Kajian yang dijalankan oleh Dohanue dan
Benson (1995), Francis (1997), dan Steinman (2004) menjelaskan agama merupakan
faktor pelindung kepada belia dari melakukan tingkah laku yang menyalahi
undang-undang. Belia yang berpegang
teguh pada agama berpotensi mengatur kehidupannya lebih tenang, sempurna dan
sejahtera.
Oleh sebab itu, lanjutan dapatan
kajian dalam mempraktik amalan hafazan ini, pengkaji cuba untuk mengkaji sama
ada terdapat hubungan
dan perbezaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) amali hafazan dan kesannya ke
atas pembentukan tingkahlaku pelajar
khususnya di Kolej Matrikulasi Kedah. Ini termasuklah sama ada terdapat
kesan perbezaan tingkahlaku berdasarkan jantina dan modul pengajian selepas mereka mengikuti PdP secara hafazan.
3.0
METODOLOGI
KAJIAN
3.1
Pendahuluan
Bahagian
ini memperihalkan metodologi kajian yang merangkumi reka bentuk kajian,
populasi dan penentuan sampel, instrument kajian, jenis analisis data, kutipan
data dan ujian keesahan dan kebolehpercayaan.
3.2 Rekabentuk Kajian
Pembolehubah
utama kajian ini ialah perubahan tingkahlaku pelajar sebagai pembolehubah
bersandar. Pembolehubah bersandar ini dipengaruhi oleh pembolehubah menghafaz
bacaan dalam solat, menghafaz doa, menghafaz surah dan faktor demografi para
pelajar seperti yang dijelaskan melalui Rajah 1.1 di bawah ini.
Y (PTA) =
f (FD, H)
Di mana :
PTA = Perubahan Tingkahlaku pelajar
FD = Faktor Demografi
H = Bacaan Hafazan
Rajah 1.1 :
Rekabentuk Pembolehubah Kajian
3.3 Populasi dan Penentuan Sampel
Kajian ini
melibatkan 50 orang sampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar Modul 1, Modul
2, dan program dua tahun (PDT). Pemilihan sampel ini dibuat secara rawak mudah
dan mengikut kaedah Roscoe (1975) yang mencadangkanj saiz sampel seharusnya
melebihi 30 responden dan hendaklah kurang 500 responden. Kajian berbentuk
tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada borang soal selidik yang
diedarkan dan dijawab oleh sampel kajian.
3.4 Instrumen Kajian
Satu
set soal selidik yang dijawab sendiri
oleh responden telah dibentuk dalam kajian ini. Ia dibahagikan kepada dua bahagian (Jadual 1.1),
iaitu :
Bahagian A : Maklumat Demografi
Bahagian
ini mengandungi ciri-ciri personaliti responden iaitu jantina dan modul
pengajian yang diikuti mereka dalam program matrikulasi.
Bahagian B : Perubahan
Tingkahlaku/Akhlak Pelajar
Soalan-soalan
dalam bahagian ini dibahagikan kepada tiga pembolehubah bebas iaitu menghafal bacaan dalam solat, menghafal
doa, dan menghafal surah-surah lazim dalam
Al Quran yang merangkumi 6 item dalam Bahagian B1, B2, dan B3 (item 1,2, 3,4, 5 dan item 6) yang
disoal secara timbal balik, manakala pembolehubah utama (pembolehubah
bersandar) iaitu pembolehubah tingkahlaku pelajar (Bahagian B4) merangkumi 7
item iaitu item 1, 2, 3, 4, 5, 6,
dan 7. Kesemua 25 item ini. telah
diolah dan diubahsuai berdasarkan kajian Nasir Mohamad dan Robiyan Haron (1997)
mengenai penguasaan Al Quran di kalangan guru-guru pelatih Institut Perguruan
Darul Aman (IPDA) dan penggunaan item Skala Tingkahlaku Agama (Religious
Behaviours Scale) oleh Williams dan Lawler (2001) yang merangkumi elemen item
berikut iaitu :
(i)
Bahagian B1, B2
dan B3
1.
Saya
semakin memahami
2.
Tiada
perubahan dalam diri saya (tidak memahami)
3.
Semakin
tenang
4.
Semakin
khusyuk
5.
Keupayaan
membaca dengan betul
6.
Keyakinan
bacaan adalah betul
(ii)
Bahagian B4
1.
Motivasi
diri semakin meningkat
2.
Tingkahlaku
semakin baik
3.
Menambah
Keimanan
4.
Akan
membantu orang lain untuk mendapat keredhaan Allah
5.
Semakin
patuh dengan tuntutan agama
6.
Semakin
kerap menghadiri masjid
7.
Semakin
kerap menghadiri aktiviti masjid
Jadual 1.1 : Taburan Item
Pembolehubah Kajian dan Tatacara Analisis
Dari
segi pengukuran data, setiap maklumbalas kepada soalan ini akan diberikan nilai
1 hingga 5 di atas skala Likert (Jadual 1.2 dan Jadual 1.3).
Jadual 1.2 : Skala Likert Yang
Digunakan Dalam Borang Soal Selidik
Jadual 1.3 : Ukuran Tahap
Tingkahlaku
3.5
Jenis Analisis Data
Semua data dalam
kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for
Windows Version 20 (SPSS V20). Analisis ini melibatkan penggunaan statistik
deskriptif dan statistic inferensi secara deskriptif dan inferensi.
3.5.1
Statistik Deskriptif
Statistik deskrintif
yang digunakan dalam kajian ini kerana data yang dihasilkan dapat dianggap
sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Ia juga memberi maklumat
secara langsung dan mudah (Walsh, 1990). Antara analisis yang dilakukan
meliputi jumlah skor, peratus, kekerapan, min, mod, median dan sisihan piawai.
Analisis ini akan digunakan untuk menunjukkan komposisi responden serta
ciri-ciri demografi yang lain seperti jantina dan modul pengajian.
3.5.2 Statistik Inferensi
Statistik inferensi
yang digunakan dalam kajian ini Korelasi Pearson (The Pearson’s Corrrelation
Matrix), Ujian-t (T-test), dan Analisis Varian sehala (One Way ANOVA).
Kaedah-kaedah ini akan menguji kesemua hipotesis kajian yang telah digunakan.
Secara
keseluruhan, Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis yang akan
menjelaskan sama ada terdapat huhungan (positif dan negatif) antara
pembolehubah-pembolehubah kajian, iaitu perubahan tingkahlaku dan hubungannya
dengan amali hafazan bacaan dalam solat, menghafazl doa serta menghafaz surah-surah
pilihan.
Ujian-t akan
digunakan ke atas hipotesis yang melibatkan perbandingan skor purata pada dua
kumpulan, iaitu jantina.
Manakala kaedah
Analisis Varian Sehala (One Way ANOVA) digunakan untuk membolehkan perbandingan
dibuat ke atas min bagi sub-kumpulan yang lebih daripada dua iaitu dari segi perbezaan
perubahan tingkahlaku yang dialami oleh responden berdasarkan modul pengajian.
3.6 Kutipan Data
Dalam kajian
ini, kutipan data dilakukan melalui soal selidik yang diedarkan. Pemilihan alat
ini selaras dengan pendapat Sekaran (1992) bahawa soal selidik melalui tinjauan
adalah paling berkesan dalam pengumpulan data. Lantaran itu, data diperolehi
melalui maklumat mengenai demografi dan tanggapan responden mengenai perubahan
tingkahlaku yang dialami oleh responden termasuklah perubahan dari segi amali
hafazan bacaan dalam solat, menghafaz doa serta menghafaz surah-surah pilihan.
3.7
Ujian Keesahan dan Kebolehpercayaan
Kajian rintis (pilot study) telah dilaksanakan untuk
menentukan keesahan dan kebolehpercayaan dalaman (internal reliability) soal selidik yang telah dibina. Keesahan dan
kebolehpercayaan dalam soal selidik ini diuji dengan Cronbach Alpha. Dalam hal
ini, Sekaran, (1992), menjelaskan Cronbach Alpha merupakan merupakan reliability coefficient yang menunjukkan
bagaimana sesuainya hubungan item-item sebagai satu set soalan. Sekaran
menambah semakin hampir nilai Alpha kepada
angka 1, semakin tinggi kebolehpercayaan dalamannya. Nilai Alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah, manakala 0.7 boleh
diterima. Seterusnya nilai yang melebihi
0.8 adalah dianggap baik. Oleh yang demikian, nilai alpha yang ditetapkan dalam
kajian ini ialah melebihi 0.6.
Seterusnya,
ujian rintis telah dilaksanakan di kalangan 20 orang pelajar matrikulasi Kolej
Matrikulasi Kedah. Data-data daripada
hasil ujian ini diproses dengan reliability
coefficient yang terdapat dalam
program SPSS Window Version 20. Hasil
ujian adalah seperti Jadual 1.4.
Jadual
1.4 : Keputusan Ujian Kebolehpercayaan
Pembolehubah
|
Item
|
Korelasi
|
Cronbach
Alpha
|
Bacaan Dalam Solat
|
v1
v2
v3
v4
v5
v6
|
0.64
0.62
0.68
0.69
0.70
0.76
|
0.88
|
Menghafal Doa Pilihan
|
v1
v2
v3
v4
v5
v6
|
0.63
0.73
0.52
0.81
0.77
0.74
|
0.88
|
Menghafal Surah Lazim
|
v1
v2
v3
v4
v5
v6
|
0.65
0.58
0.74
0.52
0.81
0.81
|
0.87
|
Perubahan Tingkahlaku Pelajar
|
v1
v2
v3
v4
v5
v6
v7
|
0.74
0.69
0.33
0.85
0.22
0.85
0.88
|
0.86
|
Nilai Alpha Keseluruhan
|
|
|
0.87
|
Berdasarkan
hasil ujian tersebut menunjukkan Cronbach
Alpha bagi keseluruhan item ialah 0.87.
Sementara Cronbach Alpha bagi setiap
pembolehubah ialah di antara 0.86 hingga 0.88. Ini menunjukkan bahawa soal
selidik yang telah dibina ini mempunyai kebolehpercayaan dalaman yang boleh
dikategorikan sebagai baik.
4.0 DAPATAN KAJIAN
Data yang
diperolehi daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam
kajian ini. Keputusan yang diambil berdasarkan pentafsiran yang telah
diperolehi daripada jawapan responden. Analisis data dibuat dalam dua bahagian utama.
Bahagian pertama akan membincangkan latarbelakang responden secara ringkas. Ini
diikuti bahagian kedua yang menguji persoalan kajian dan dapatan kajian dengan
menggunakan kaedah Analisis Varian Sehala (ANOVA), Ujian-t dan Korelasi Pearson
dalam Program SPSS.
4.1 Latarbelakang Responden
Dari 50 borang
soal selidik yang diedarkan , seramai 38 orang (76 peratus) merupakan pelajar
perempuan dan 12 orang pelajar lelaki (24 peratus). Ini adalah bersesuaian
dengan populasi pelajar perempuan yang sememangnya dominan di Kolej Matrikulasi Kedah . Sila lihat Jadual
1.5.
Jadual 1.5 :
Latarbelakang Responden Berdasarkan Jantina
Dari segi bidang
pengajian, kajian melibatkan 32 orang (64 peratus) pelajar PST (Modul 1), 10
orang (20 peratus) pelajar (Modul 2) dan 8 orang (16 Peratus) pelajar PDT
seperti Jadual 1.6 di bawah ini.
Jadual 1.6 :
Latarbelakang Responden Berdasarkan Bidang Pengajian
4.2 Skor Pembolehubah Kajian
Sebelum keputusan
persoalan kajian yang telah dibina dihuraikan satu persatu, adalah lebih baik
disenaraikan taburan skor setiap pembolehubah yang dikaji. Taburan skor boleh
dianalisis melalui stastistik deskriptif iaitu yang berkaitan taburan kekerapan
jawapan, min, median, skor julat dan sisihan piawai.
Skor ini memberi maklumbalas responden terhadap
pembolehubah-pembolehubah kajian seperti yang yang ditunjukkan dalam Jadual 1.7
dan Jadual 1.8. Analisis min contohnya boleh dijadikan ukuran dalam
mengenalpasti persoalan kajian terutamanya dalam penilaian aras tingkahlaku
pelajar, menghafaz surah, menghafaz bacaan
dalam solat dan menghafaz doa-doa pilihan dari maklumbalas responden sama ada
tinggi, sederhana atau rendah.
Jadual 1.7 : Keputusan Ujian Kekerapan dan Taburan Min
Pembolehubah Yang Dikaji (n = 50)
Pembolehubah
|
Skala
|
Peratus
|
Min/Item
|
Bacaan dalam solat
|
1.
Sangat Tidak Setuju (STS)
2.
Tidak Setuju (TS)
3.
Tidak Pasti (TP)
4.
Setuju (S)
5. Sangat
Setuju (SS)
|
0.00
0.00
6.00
42.00
52.00
|
4.27
|
Menghafal Doa
|
1.
Sangat Tidak Setuju (STS)
2.
Tidak Setuju (TS)
3.
Tidak Pasti (TP)
4.
Setuju (S)
5. Sangat Setuju (SS)
|
0.00
0.00
6.00
60.00
34.00
|
4.20
|
Menghafal Surah
|
1.
Sangat Tidak Setuju (STS)
2.
Tidak Setuju (TS)
3.
Tidak Pasti (TP)
4.
Setuju (S)
5. Sangat
Setuju (SS)
|
0.00
0.00
2.00
48.00
28.00
|
4.25
|
Perubahan
Tingkahlaku
|
1.
Sangat Tidak Setuju (STS)
2.
Tidak Setuju (TS)
3.
Tidak Pasti (TP)
4.
Setuju (S)
5. Sangat Setuju (SS)
|
0.00
0.00
48.00
52.00
00.00
|
3.55
|
Jadual 1.8 : Min, Median, Mod Pembolehubah Kajian (n =
50)
Dapatan kajian
min pembolehubah (Jadual 1.7) secara
jelas menunjukkan penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu
menghafaz bacaan dalam solat, menghafaz doa dan menghafaz surah memberi kesan
ke atas perubahan tingkahlaku responden seperti motivasi diri semakin meningkat,
tingkahlaku semakin baik, menambah
keimanan, akan membantu orang lain untuk
mendapat keredhaan Allah, semakin patuh dengan tuntutan agama dan semakin kerap
menghadiri masjid. Ini terbukti dengan
skor min ketiga-tiga pembolehubah adalah kuat atau berkomitmen tinggi iaitu
menghafaz doa (min = 4.27), menghafaz surah (min = 4.20), menghafaz bacaan
dalam solat (min = 4.25) dan pembolehubah perubahan tingkahlaku (min = 3.55)
yang berkomitmen sederhana.
Begitu juga
dalam aspek skor mod dan median kesemua pembolehubah (Jadual 1.8) di antara
3.00 hingga 4.25 membuktikan hafazan merupakan satu pendekatan PdP yang baik
dalam menarik minat serta menggalakkan para pelajar matrikulasi ke arah “celek
Al Quran” serta melahirkan insan yang kamil seperti yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4.3 Ujian Hipotesis
4.3.1 Ho1: Tidak Terdapat Hubungan Yang Signifikan
Antara Amali Hafazan Dengan Perubahan Tingkahlaku Pelajar Kolej Matrikulasi
Kedah
Jadual
1.9: Keputusan Ujian Korelasi Di antara Pembolehubah Hafazan dengan Tingkahlaku Pelajar KMK
PEMBOLEHUBAH
|
TINGKAHLAKU
|
|
r
|
p
|
|
Hafazan :
Solat
|
0.69
|
0.00
|
Hafazan : Doa
|
0.70
|
0.00
|
Hafazan :
Surah
|
0.67
|
0.00
|
Tahap signifikan p < 0.05
Kajian seperti yang
dipamerkan dalam Jadual 1.9 mendapati
amalan hafazan dalam bacaan solat, doa dan surah memberi kesan yang dominan ke atas perubahan tingkahlaku
pelajar. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan hafazan doa mempunyai nilai r = 0.70, bacaan solat,
nilai r = 0.69 dan hafazan surah, nilai r = 0.67, yang membuktikan nilai-nilai
r yang kuat, positif dan konsisten. Nilai r yang kuat dan positif ini secara
stastitik membuktikan bahawa amalan
hafazan telah berjaya mencorakkan minda dan sahsiah pelajar untuk lebih
berkomitmen, iaitu menambah keimaman, tingkahlaku semakin baik, saling
membantu, semakin patuh dan kerap dalam
melaksanakan ibadat mereka sama ada untuk bersolat, berdoa dan membaca Al Quran
berbanding sebelumnya. Oleh yang demikian kenyataan di atas yang menyatakan
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amali hafazan dengan perubahan
tingkahlaku pelajar adalah tidak berkaitan. Ini menjelaskan bahawa hipotesis
nul ditolak pada paras keyakinan 95 peratus. Dapatan ini juga membuktikan
berlakunya peningkatan motivasi dalam melakukan ibadat dan membina tingkahlaku
dan adab yang baik dalam berdoa, bersolat dan membaca surah Al Quran.
4.3.2 Ho2 : Tidak
Terdapat Perbezaan Yang Signifikan
Antara Perubahan Tingkahlaku Pelajar Dengan Modul Pengajian Di Kolej
Matrikulasi
Jadual 1.10 : Keputusan Ujian
Analisis Varians Sehala (ANOVA) Bagi Perbezaan Tingkahlaku Pelajar Berdasarkan
Modul Pengajian (n = 50)
Tahap signifikan p < 0.05
Kajian yang menggunakan
Ujian Analisis Varian Sehala (One Way ANOVA) berdasarkan Jadual 1.10 di atas, mendapati nilai F = 0.72 yang tidak
signifikan (p = > 0.05). Ini bermakna, kenyataan hipotesis nul tidak boleh
ditolak pada paras keyakinan 95 peratus dan menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan tingkahlaku pelajar yang signifikan hanya semata-mata berdasarkan modul pengajian matrikulasi yang diikuti mereka. Ia juga
bermaksud dalam melaksanakan amali hafazan dan hubungannya dengan perubahan tingkahlaku,
peranan individu atau perseorangan itulah yang lebih penting dan bukannya modul
pengajian yang mereka ikuti di kolej
matrikulasi.
4.3.3 Ho 3 :
Tidak Terdapat Perbezaan Yang Signifikan
Antara Perubahan Tingkahlaku Dengan
Jantina Pelajar
Jadual 1.11 : Keputusan
Ujian-t Bagi Perbezaan Tingkahlaku
Pelajar Berdasarkan Jantina (n = 50)
Tahap signifikan
p < 0.05
Kajian dengan
menggunakan Ujian t, mendapati tingkahlaku pelajar tidaklah bergantung kepada
latar belakang jantina seseorang pelajar. Jadual 1.11 di atas, menunjukkan
keputusan Ujian-t mendapati nilai t (0.00)
yang tidak signifikan (p = > 0.05). Ini bermakna hipotesis nul
diterima pada paras keyakinan 95 peratus. Secara langsung jelas membuktikan
dalam menghafaz surah, doa dan bacaan Al Quran atau sebarang perubahan
tingkahlaku , faktor jantina sama ada
lelaki atau perempuan tidak membataskan para pelajar untuk menjadi baik
atau buruk perlakuannya. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT:
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, lelaki
atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak
akan dianiaya.”
(Surah al-Nisa 4:124)
5.0
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Perbincangan
Hubungan
Antara Amali Hafazan Dengan Perubahan Tingkahlaku Pelajar Kolej Matrikulasi
Kedah
Berdasarkan
dapatan kajian yang telah dijalankan, dapatlah disimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran amali hafazan
yang terdiri daripada komponen bacaan dalam solat, doa-doa pilihan dan surah-surah
lazim mempengaruhi perubahan tingkahlaku pelajar dengan pengaruh yang cukup
dominan sama ada dari segi mereka semakin memahami kalimah, surah dan doa,
tenang dan khusyuk, bermotivasi serta mempunyai tingkahlaku yang semakin baik.
Dapatan kajian ini menyokong objektif dan persoalan kajian yang pertama. Ini
bersesuaian dengan dapatan Nur Nazmin Syamimi, dan rakan-rakan (2012) yang mendapati para pelajar yang
disuruh menghafaz ayat demi ayat mampu meningkatkan penguasaan murid yang lemah
dan menyebabkan mereka melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi intervensi. Dalam konteks Islam masalah kelemahan membaca
Al Quran, amalan doa dan surah-surah berkaitan adalah merupakan sikap individu
itu sendiri yang malas yang kesannya akan membawa ketidakmampuan membaca, tidak
lancar dan buta huruf (Mohd Faisal et. Al., 2008). Kajian ini juga berkaitan dengan pandangan
Zaharah (2007) yang mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan
membaca Al Quran dengan kekerapan membacanya. Justeru sikap tidak mengendahkan Al Quran dalam
konteks belia (pelajar) akan mengugat tingkahlaku iaitu kepercayaan dan
keimanan kepada Allah. Malah menurut Dzuhaimi Dahalan dan rakan-rakan (2014),
tindakan atau keputusan tersebut boleh mengakibatkan para belia (termasuk
pelajar) terjerumus dalam tingkahlaku yang tidak sihat di dalam kehidupan
mereka. Pendedahan kes-kes jenayah dan
gejala tingkahlaku yang kurang sihat seperti dilaporkan oleh media-media
tempatan sebelum ini adalah antara bukti nyata, akibat dari mengambil tindakan
dan keputusan tanpa berdasarkan keimanan. Malah kenyataan ini seiring dengan
dapatan Haris (2004) menyatakan peningkatan dalam amalan keagamaan merupakan
faktor kawalan utama dalam mengatasi keinginan untuk melakukan sesuatu yang
melanggar nilai, norma serta undang-undang. Seiring dengan pandangan pengkaji barat
(sekular) mengatakan bahawa belia yang berpegang teguh dengan agama mempunyai
tahap keterlibatan yang rendah dengan aktiviti tidak sihat (Gorsuch, 1995;
Johnson et.al., 2002). Kajian yang
dijalankan oleh Dohanue dan Benson (1995), Francis (1997), dan Steinman (2004)
menjelaskan agama merupakan faktor pelindung kepada belia dari melakukan
tingkah laku yang menyalahi undang-undang.
Belia yang berpegang teguh pada agama berpotensi mengatur kehidupannya
lebih tenang, sempurna dan sejahtera.
Perbezaan
Antara Perubahan Tingkahlaku Pelajar Dengan Faktor Demografi (Jantina dan Modul
Pengajian)
Walaupun kajian
ini mendapati tidak terdapat perbezaan tingkahlaku pelajar berdasarkan faktor
demografi (jantina dan modul pengajian), ia merupakan suatu dapatan yang sudah
dijangkakan. Ini kerana telah banyak kajian mendapati faktor demografi tidak
memberi kesan ke atas pembentukan tingkalaku dan sikap seseorang. Dapatan ini
selari dengan pendapat yang dikenali sebagai “model situasi” yang mendapati faktor demografi (termasuk
jantina/modul pengajian) tidak mempunyai sebarang pengaruh istimewa ke atas
seseorang individu melibatkan dirinya, mengaitkan atau mengenalpasti dirinya
dengan matlamat dan nilai organisasi (Aven.et. al. 1993). Menurut
Atan Long (1991), kedua-dua golongan lelaki dan perempuan sebenarnya mempunyai
keperluan asas yang sama, oleh sebab itu dapatan pengkaji yang menunjukkan
tidak ada perbezaan signifikan antara jantina dengan kesemua pembolehubah yang
dikaji merupakan sesuatu yang sudah dijangkakan. Kemungkinan kedua, ialah bagi
semua responden sama ada jantina (lelaki
atau perempuan) atau modul pengajian bukanlah suatu bentuk dikriminasi
tingkahlaku, tetapi adalah tanggungjawab
atas keperluan bersama yang perlu
dipelajari, di mana terbukti pengajian
matrikulasi telah memberi peluang yang seimbang kepada mereka menggunakan
kebolehan masing-masing dalam pembelajaran tanpa dikriminasi faktor jantina atau modul pengajian.
Tambahan pula di
dalam Al Quran sendiri menjelaskan perbezaan ketaqwaan seseorang tidak terletak
kepada jantina, bangsa dan sebagainya.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya)”.
(Al-Hujuraat 49 : 13)
“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan
kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke
atas ‘ajam (bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke
atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah
melainkan Ketakwaan.”
(Hadis riwayat Ahmad dan
al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani)
5.2
Cadangan dan Harapan
Kajian
menunjukkan bahawa amali hafazan subjek Pendidikan Islam mempengaruhi
pembentukan tingkahlaku para pelajar di kolej matrikulasi. Ini bermakna pihak
pengurusan atasan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia
serta pihak pengamal yang terlibat dalam
perancangan sistem pengajian di
kolej-kolej matrikulasi perlulah memberi perhatian terhadap faktor-faktor
tersebut bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam.
Ini termasuklah
menyediakan kerangka yang lebih dominan dalam usaha-usaha menyebar luas
kepentingan subjek Pendidikan Islam sebagai pendidikan sepanjang hayat bukannya
sekadar “melepas batuk di tangga sahaja”, tetapi merentasi semua kurikulum dan
subjek dalam bentuk pendidikan integratif yang akhirnya menjurus ke arah
mengenal keagungan Allah S.W.T sebagai Maha Pencipta ke atas semua insan dan
makhluk di muka bumi.
5.3
Kesimpulan
Amali hafazan yang
merangkumi elemen bacaan dalam solat dan maknanya, doa-doa pilihan dan
surah-surah lazim merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang signifikan dalam mempengaruhi perubahan tingkahlaku pelajar. Seterusnya
dalam merealisasikan Pendidikan Islam sebagai pendidikan sepanjang hayat. Kajian
ini telah berjaya membuktikan bahawa amali hafazan telah berupaya menanam
semangat mereka untuk menjadi lebih baik dalam menunaikan kewajipan sebagai
khalifah dan sebagai hamba yang soleh dalam menjalin hubungannya dengan Allah
S.W.T. Ini kerana dengan menghafal
surah-surah lazim, doa-doa pilihan dan mengetahui serta memahami bacaan dalam
solat menjadikan mereka lebih khusyuk
dalam beribadah, lebih komitmen, lebih bermotivasi dan lebih berkeyakinan dalam
melaksanakan aktiviti seharian sama ada sebagai khalifah mahupun hamba Allah di
atas muka bumi ini. Sebagai pelajar matrikulasi,
apa yang kita hasilkan dalam “output” dan “outcome” kita ialah pelajar yang bukan
sekadar berilmu sahaja tetapi bagaimana ilmu, amal dan iman itu bersepadu dalam diri mereka yang akhirnya berjaya
mendidik modal insan kamil, cemerlang dan seimbang dunia dan akhiratnya.
Rujukan
Al Quran Al
Karim
Ab. Fatah Hasan. (1994). Penggunaan
Minda yang Optimum Dalam Pembelajaran. Skudai:
Universiti Teknologi Mara.
Atan Lomg.
(1991). Pedagogi : Kaedah Am Mengajar.
Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn. Berhad.
Bahagian
Matrikulasi KPM. 2013. Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Islam, Program Matrikulasi 2012/2013). Putrajaya : Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Dohanue , M. & Benson, E. L,.
(1995). Religion and Well-being of Adolescents. Journal of Social Issues. 51 (2) : 145 – 160.
Dzuhaimi Dahalan , Steven Eric Krauss,
Azimi Hamzah & Abd. Hadi Sulaiman. (2014). Pegangan Agama Dalam Kalangan Pelbagai
Kaum di Malaysia. Journal Of Sosial
Sciences and Humanities. 9 (1) :
117 – 130.
Farhanah Rapihi. (2012). Penggunaan
Kaedah FAHAMSS Surah Asy-Syams dalam Meningkatkan Kemahiran Menghafaz Surah
Asy-Syams. Sarawak: Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
Fauzi Sulehan. (2010). Penggunaan Kad Imbasan
Dalam Meningkatkan Pengajaran Hafazan Al-Quran Murid Tahun 5. Batu Rakit : Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
Francis, L. J., (1997). The Impact of
Personality and Religion on Attitudes Towards Subtance Use Among 13 – 15 year
Olds. Drug and Alcohol Dependence. 44
(2) : 95 – 103.
Gorsuch, R. L. (1995). Religious Aspects
of Subtance Abuse and Recovery. Journal
of Sosial Issues. 51 (2) : 65
-83.
Haris, A. W. (2004). Masalah Sosial di
Bandar Semenanjung Malaysia : Tinjauan Perspektif Masyarakat Malaysia.
Journal of Southeast Asian Studies. 9 (1) : 55 -74.
Johnson, B. R., Tomkins, R. B. &
Webb, D. (2002). Objektive Hope :
Assessing the Effectiveness of Faith-based Organizations : A Review of The
Literature. University Of Pennsylvania, Center for Rwswarch on Religion and
Urban Civil Society. Research Report.
Mohd Faisal, Mohammad Zawawi &
rahimi. (2008). Celik Al Quran : Cabaran
dan Realiti Dalam Pendidikan Islam di
Sekolah. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Muhammad
Fathi Ramli & Mohd So’od Chik. (2013). Sistem 4Ta: Mempertingkatkan Hafazan dan Mutu
Bacaan Surah Al- Fill. Batu Rakit : Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
Nasir Mohamad dan Rubiyah Haron. (1997). Tahap Penguasaan Bacaan Al Quran di Kalangan Guru Pelatih Bukan
Pengkhususan Pengajian Agama Islam. Batu Rakit : Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
Nur
Nazmin Syamimi Ab Halim Fauzi, Mohd
So’od Chik. (2012). Penggunaan kaedah “CMR” Meningkatkan Kemahiran Menghafal Surah Al
Bayyinah. Batu Rakit : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Dato’
Razali Ismail
Roscoe, J. R., (1975). Fundamental Research Statistics For
Behavioral Sciences. Ney York : Holt, Rienehart and Winston
Sekaran,
Umi. (1992).Research Method For Business
: A Skill Building Approach. New York : John Wiley and Sons, Inc.
Steinman, K. J. (2004). Religious Activity and Risk Behavior
Among African American Adolescents : Concurrent and Development Effects. American Journal of Community Psychology. 25 (1) : 117 – 122.
Wan Bakar Wan Dagang. (1990). Pengajaran dan
Pendidikan Al-Quran Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Jurnal Pendidikan Islam Jilid 3 Bil
3,1990: 21-31.
William Lee M. & Lawler, Michael G.
(2001). Religious Heterogamy and Religiosity : A Cmparison of Interchurh and
Same-Church Individuals. Journal for The
Scientific Study of Religion, 40
(3), 465-478.
Zaharah, B. (2007). Amalan Membaca Al Quran Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Port Dickson. Bangi : UKM.